Salam sejahtera.....semua.....!!!
Bilakah Pilihanraya
Umum Ke 13 Akan Diadakan?
pelagai andaian telah diramalkan oleh orang ramai terutama sekali ahli-ahli politik pembangkang kerana kuasa mutlak adalah daripada YAB Dato Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri. Itupun setelah menghadap KDYM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
Ada yang mengatakan bulan November, Disember, Januari, Februari, Mac, April dan seterusnya. Cuba kita lihat bilakah tarikh berakhirnya setelah 5 tahun (sepenggal) diperintah oleh BN. Tarikh sebenar berakhirnya adalah pada bulan June tahun 2013.
Pada 2008, BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga. Ia adalah yang pertama dalam sejarah negara. Kekalahan BN bukan disebabkan pembangkang kuat cuma kerana berlaku masalah dalaman BN sendiri. Ketika itu pula mereka(BN) menganggap mereka berada dalam keadaan selesa walhal pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak pada mereka. Kenaikan harga minyak dan gas menyebabkan hidup rakyat semakin tertekan atau terhimpit. Maka mereka (rakyat) memberontak pada pihak kerajaan lalu undi protes banyak membantu pembangkang pada pilihanraya itu.
Mereka kini mula mengorak langkah dengan memperkenalkan dasar Program Tranformasi Kerajaan seperti (GTP) dan Program Tranformasi Ekonomi (ETP). Memperkenalkan dasar 1 Malaysia "Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan," Kedai Rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, pemansuhan ISA, Rang Undang-Undang Kediaman Terhad dan memperkukuhkan ekonomi negara mengadakan pilihanraya percubaan di setiap negeri dan lain-lain lagi.
Sementara itu juga Parti pembangkang (Pakatan Rakyat) membuat persiapan dengan memperkenalkan Buku Jingga, Bajet taktikal (bayangan) , menimbulkan kembali "Hukum Hudud" untuk dijalankan di negeri Kelantan oleh YAB Dato Nik Abdul Aziz dan menganjurkan himpunan kesyukuran tentang hudud dan lain-lain lagi.
Adakah semua ini tanda-tanda pilihanraya semakin dekat?. Banyak pihak telah mentafsirkan tarikh keramat ini. Anda pula bagaimana?, tapi yang boleh memberi kata putus adalah PM sendiri.
Wassalam.......
0 Komentar untuk "Bilakah Pilihan Raya Umum ke 13 Akan Diadakan?"
Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.
Saya balas kunjungan anda nanti.
Sekian......