sensasi2020on

ShareThis

Insentif Dari Denaihati

 Banner
1

Restoran Rakyat 1 Malaysia

Posted by sensasi2020.blogspot.com on Rabu, Oktober 19, 2011 in

Hari ini saya menjamu selera di Restoran Rakyat 1 Malaysia, Restoran Ukhwah di Medan Tuanku. Saya makan nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur taugeh dan papadom. Makanan yang disediakan sedap dan berkualiti.


      Berbagai program yang diatur oleh Dato Seri Mohd Najib hari ini antaranya adalah memperkenalkan "Restoran Rakyat 1 Malaysia" supaya rakyat dapat menikmati makanan serta juadah yang mampu bayar oleh rakyat di seluruh Malaysia.
    
        Beliau memulakan kunjungan yang pertama di sebuah restoran iaitu Restoran Ukhwah di Lorong Medan Tuanku. PM menikmati nasi berlaukkan ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng, sayur goreng tauge dan parpadom. Beliau juga memuji tentang masakan itu dan menyifatkan sebagai sedap dan berkualiti lagi murah.

      Kunjungan beliau bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepergunaan, Datuk Seri Ismail Sabri bertujuan untuk menikmati dan menilai sendiri kualiti makanan yang disediakan. Harga yang disyorkan adalah RM2 utk pagi dan RM4 di sebelah petang bagi seluruh Semenanjung dan RM2.50 utk pagi dan RM5 di sebelah petang di Sabah dan Sarawak.
         Sasaran   dan  saranan  beliau  supaya  restoran  ini  dibuka  di  seluruh  Malaysia  adalah 1  ribu buah tetapi ia melebihi sasaran iaitu lebih drpd 1 ribu.
        Pada   zaman serba wang ini, bagi tidak membebankan  rakyat,  beliau   membentangkan "Bajet  untuk  rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Restoran Rakyat 1 Malaysia dan yang terbaru adalah Kedai berkongsepkan francais 1 Malaysia.
                 
   Mungkin selepas ini beliau akan memperkenalkan lagi program untuk rakyat bagi kesejahteraan, kemudahan, kesenangan dan kemakmuran rakyat Malaysia.

       Sebagai  rakyat  Malaysia, kita sepatutnya bersyukur pada yang maha Esa dan berterima kasih kepada pemimpin yang sudi mendengar denyut nadi rakyat dan diterjemahkan pada bentuk yang boleh dinikmati oleh semua masyarakat.
#Segala kesalahan atau kesilapan adalah kelemahan diri sendiri dan segala kelebihan dan kebaikan adalah daripada Allah Taala.

           


|

1 comment

16 November 2011 12:14 PTG

belum berkesempatan nak try restoran 1 M'sia ni.

Catat Ulasan

Ulasan Anda Amat Dihargai, Terima Kasih!
Komen anda akan dibalas secepat mungkin!

Senarai Blog Saya

Apesal Tak Klik Di Sini Dan Blog Busuk!!!!

Blog Busuk

Slideshow

Loading...
sensasi2020.blogspot.com. Dikuasakan oleh Blogger.

Copyright © 2009 sensasi2020 All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.