Korban Di Hari Raya AidilAdha 2011

         
                                SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Assalamualaikum........
          Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal.
         
          Di kesempatan ini, aku mengucapkan "Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam di Seluruh Malaysia serta seluruh Dunia.
    
          Di pagi yang mulia ini, biasanya acara korban binatang seperti unta, lembu@kerbau, qibas, kambing, biri-biri akan disembelih sebagai memperingati zaman Nabi Ibrahim yang bermimpi diperintahkan oleh Allah supaya menyembelihkan anaknya Nabi Ismail. Ia biasanya dilakukan selepas sembahyang sunat Aidiladha.

          Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

          Seekor lembu biasanya dibahagi 7 bahagian. Ada yang mengambil kesempatan membuat acara Aqiqah. Ia mengambil 1 bahagian untuk dilakukan sebagai penganti seekor kambing. Daging korban wajib dibahagi kepada orang-orang miskin, jiran-jiran, sanak saudara dan sesiapa yang dibolehkan, sementara daging Aqiqah biasanya sunat dimasak dan dijamukan@dihidang kepada orang-orang yang terdekat di tempat tinggal.



          Pada tahun 2011, aku tidak korban lembu tapi berkorban untuk tidak melakukan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. Apa-apa saja yang kita lakukan hanya kerana Allah Taala. Semoga memdapat keberkatan dalam hidup di dunia dan juga Akhirat.

         Sempena di bulan yang baik ini, aku mengambil kesempatan memohan ampun dan maaf andai tersilap di dalam karya di ruangan blog ini. Segala kelemahan adalah daripada diri sendiri dan yang baik adalah daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

        Akhir kata, Selamat hari Raya Aidiladha. Wassalam.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top