Layakkah Malaysia Mempertahankan Pingat Emas Dalam Bolasepak Di Sea Games?

                             Malaysia Bakal Berdepan Laluan Sukar Ke Peringkat Seterusnya.

Keputusan Semalam

Kumpulan A
     Singapura   0 - 0  Malaysia 
     IIndonesia  6 - Komboja

Kumpulan B
     Timor Leste 2 - 1 Filipina
               Loas  2 - 2  Brunei





          Segala perancangan yang diatur oleh Ong Kim Swee serba tidak menjadi apabila skuad kendalinya sekadar seri dengan Singapura 0-0. Persembahan skuad Malaysia ternyata lemah, langsung tidak mengambarkan status sebagai juara bertahan pada temasya  Sukan Sea edisi yang ke 26. Perlawanan  itu berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno semalam.

         Malaysia bagaikan tiada penyerang berbisa, walaupun dapat menguasai permainan, namun tidak dapat menjaringkan gol. Hanya percubaan menerusi sepakan percuma kapten Malaysia, Baddrol Bakhtiar saja benar-benar memberi ancaman pada pihak lawan dan minit-minit seterusnya sekadar melengkapkan kesudahan perlawanan dengar hambar.
         Pada  9 Nonember 2011, hari Rabu Malaysia akan bertemu Thailand. Pasukan yang liat untuk ditumpaskan. Thailand tidak turun bermain semalam, ini memberi kelebihan pada mereka sementara Malaysia sekadar berehat 1 hari sahaja dan terpaksa berdepan dengan Thailand pula.

         Walau bagaimanapun, kata jurulatih Malaysia Ong Kim Swee, mereka akan bangkit menentang Thailand hari ini. Menewaskan Thailand akan mencerahkan kita ke peringkat separuh akhir dan akhir. Ini semua di atas kertas. Hanya skuad Harimau Muda Malaysia ini sahaja yang dapat memberikan persembahan dan keyakinan untuk mengapai pingat emas buat negara kita.           


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Layakkah Malaysia Mempertahankan Pingat Emas Dalam Bolasepak Di Sea Games?"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top