“Saya menyertai contest Gadget Impian”

                                      Contest Gadget Impian DenaiHati


            
                       # Marilah pakat-pakat sertai "Contest Gadget Impian"
 Manalah tahu anda mungkin salah seorang pemenangnya.Jom.......Lah!!! 


        


           Dengan perkembangan teknologi terkini, segala perjalanan hidup kini memerlukan satu gajet yang terkini serta canggih bagi mengikuti segala urusan harian.

        Dari hari ke sehari ada saja produk terkini dihasilkan, bagi memenuhi segala permintaan daripada para pengguna untuk kegunaan yang memerlukan satu gajet untuk digunakan seperti melayari internet, membayar bil ,urusan perbankkan, mengikuti isu-isu semasa berita terkini, membeli segala barangan, mengisi borang, bermain  game secara online, mendengar  muzik, menonton movie, video call, MMS dan yang dapat diatasi segala urusan tadi hanyalah gajet terkini iaitu smartphone, ipad, HD tablet, e-book dan segala alatan yang ada di pasaran ketika ini.

      Segalanya ada dihujung jari anda, cuma yang menjadi kemuskilannya ialah "Mampukah Semua Orang Dapat Milikinya"dengan harga yang mencecah ribuan ringgit. Kerajaan mengalakkan seseorang menabung atau menyimpan wang ke dalam bank atau beli saham Amanah. Ini sudah tentu menjadi satu kewajiban bagi mereka memiliki.
   
        Bagi yang mengidamkannya, semua itu bukan persoalan mereka. Apa yang penting bagi mereka adalah mesti memilikinya tidak kira walaupun halangan dan rintangannya. Bagi mereka memiliki gajet itu mempunyai nilai gaya, stail, excellent dan responsif. Ini sudah tentu memerlukan kewangan yang banyak dan bukan saja perlu berkorban sehingga sanggup mengikat perut, mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, anak-anak dan orang tua. Bila di pertengahan bulan mulalah tak tentu keruan menghabiskan sisa hari untuk ke bulan depan sehingga sanggup berhutang.

        Antara yang menjadi kegilaan ramai adalah seperti Samsung Galaxy Tab 10.1Samsung  Galaxy S ll, Blackberery Torch 9860, Sony Ericsson Live, Apple iphone 4S, ipad 2  dan lain-lain produk yang ada di pasaran di seluruh dunia. Bagi diriku apa-apa gadget pun tak kisah, janji boleh hubungi keluarga tersayang sudah daripada mencukupi. Andaikata terpilih ini namanya "Impian Menjadi Kenyataan."

        Bagi yang ingin menyertai contest ini tarikh tamat pendaftaran ialah 9 November 2011. Jom ramai-ramai sertai dan meriahkan contest ini...!!!
    
         Marilah pakat terjah ke Denaihati.com. Dengan adanya Contest Gadget Impian dapatlah semua sang blogger mencuba nasib menyertai contest ini anjuran Denaihati-"Hidupkan Untuk Memberi"dan tajaan bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti dan Serverfreak“


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top