Siapakah Mangsa Seterusnya?

                                      
Selepas Iraq dan Libya, pemimpin Barat nampaknya mula mengalihkan cengkaman kuku besi mereka ke arah Iran dalam usaha melemahkan sebuah lagi negara Islam yang berpengaruh besar di rantau Timur Tengah yang diperintah oleh Mahmoud Ahmadinejad.

      Kuasa Barat tanpa membuang masa mengesa sekatan lebih meluas dikenakan ke atas Iran selepas laporan oleh badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu  (PBB) yang dikeluarkan mendakwa Teheran sedang membangunkan bom atom. 

      Sejurus Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan laporan itu, Perancis segera menuntut Majlis Keselamatan PBB bersidang untuk membincangkan langkah bagi menghalang Iran manakala Britain pula mengugut bahawa risiko untuk konflik tercetus lebih tinggi jika Iran enggan berunding.


      Namun rancangan Kuasa Barat itu ditentang Rusia dan China, dua kuasa veto Majlis Keselamatan PBB yang sedia maklum dengan taktik licik Eropah dan Amerika Syarikat (AS) yang bercita-cita menjadi penakluk dunia.

   "Laporan IAEA itu tidak mempunyai sebarang bukti baru dan Moscow tidak akan menyokong sebarang tindakan PBB ke atas Iran. Kami menuntut pembincangan diadakan bagi menyelesaikan masaalah ini" menurut Kementerian Luar Rusia.

    Perbezaan pendapat antara kuasa besar dunia mengenai cara menangani isu ini juga didakwa akan menyebabkan Israel, rejim yang sentiasa merasa terancam dengan Iran, menyerang republik Islam itu sekaligus menyebabkan kekacauan lebih besar di Timur Tengah.  

      Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga tanpa rasa malu menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan Iran daripada membangunkan apa yang dianggap sebagai senjata nuklear yang akan mengancam keamanan dunia sedangkan rejim Zionis sendiri dipercayai mempunyai antara 75 dan 400 senjata nuklear tanpa menandatangani Perjanjian Kawalan Senjata Nuklear.

    IAEA melalui laporannya, mendakwa kononnya Iran sedang membangunkan senjata nuklear termaksuk menuduh Teheran menjalankan kerja membina picu bom atom.

     Namun laporan itu hanya memetik sumber yang dianggap boleh dipercayai tanpa penemuan sebenar senjata nuklear di Iran.


      Teheran sekali lagi menegaskan, bahawa program nuklear negara itu hanya dibangunkan untuk tujuan bekalan elektrik serta menganggap IAEA sebagai alat AS bagi memenuhi kemahuan kuasa Barat.

     







Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top