Tanda-Tanda Awal Mengapai Pingat Emas






     
                                                                         
                                              
         Skuad bola sepak Harimau Malaya (bawah 23 tahun) telah memenangi perlawanan keduanya dalam kumpulan A selepas menewaskan Thailand, 2-1 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, setelah sekadar seri dengan Singapura 0-0 semalam.

          Pasukan bola sepak  kita mendahului Thailand 1-0 hasil jaringan ketua pasukan, Baddrol Bahtiar pada minit ke-24, separuh masa pertama akibat kecuaian pertahanan Thailand menyekat kemaraan Baddrol.

       Di babak akhir permainan pasukan Thailand menyamakan kedudukan menerusi Natarid Thammarossopon pada minit ke-78 selepas merembat kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang sebelum ini banyak menyekat dan mempertahankan kubu golnya daripada dibolosi.

         Bagaimanapun, penyerang negara kita,  Izzat Faris Ramlan membuat lencongan cantik di sebelah kiri gawang seterusnya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 bagi memastikan kemenangan negara dalam perlawanan ini, sambil menambahkan pungutan mata menjadi 4,  Ini akan  memberi  kedudukkan Malaysia tangga teratas dalam kempulan A.

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top