Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?



               Tema Hari Kemerdekaan pada tahun 2012 iaitu " 1 Malaysia Janji Di Tepati"



Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia.......
Salam Sejahtera Semua.........!!!


                                                                                 
                                                                          

         Kita biasanya menyambut kemerdekaan setiap tahun pada tanggal 31 Ogos di Malaysia. Kesedaran rakyat Malaysia terhadap "Jalur Gemilang" untuk dikibarkan di bangunan, rumah, kenderaan seperti kereta, motosikal dan basikal masih kurang. Walaupun banyak kempen-kempen yang kerajaan telah dilancarkan, namun masih tidak berkesan. Jangan jadikan seperti tahun-tahun yang lepas.  


           Kempen kibarkan "Jalur Gemilang" telah banyak dilancarkan di setiap negeri untuk menanam sikap kecintaan kita pada negara. Kita berhak berbangga dengan "Jalur Gemilang"
kerana ia adalah bendera rasmi negara kita Malaysia.    



                                                                          


             Semoga tahun ini 2012, adalah tahun yang meriah dengan setiap rakyat kita sanggup mengibarkankan "Jalur Gemilang", tidak kira di mana mereka berada asalkan di bumi bertuah kita Malaysia dan juga di tempat menjadi kebanggaan kita seperti di puncak Gunung Everest, di Benua Antartika, di Sukan Olimpik dan lain-lain lagi.


              Sempena dengan temanya "1 Malaysia Janji Ditepat". Diharap setiap rakyat Malaysia harus berikrar dan berjanji akan mengibar bendera Malaysia "Jalur Gemilang" dengan bangganya.
                           
                                    
Kempen Lekatkan Bendera Di Kenderaan

                                                       Pantun Hari Kemerdekaan


Jalur gemilang lambang kebanggaan,
Menjadi bendera rasmi Malaysia,
Untuk menanam sikap kecintaan,
Terhadap Malaysia yang merdeka.

Jalur gemilang lambang kemegahan,
Berkibar megah di bumi tercinta,
Di pasang di setiap jabatan kerajaan,
Lambang gabungan negeri di Malaysia.

Foto 1
Jalur gemilang lambang keberanian,
Berani berkibar megah di persada dunia,
Tunjuk berani bertindak ke depan,
Untuk membawa Malaysia terus berjaya.



Jalur gemilang lambang kesejahteraan,
Hidup dalam suasana ceria dan gembira,
Bersama semua kaum dan keagamaan,
Saling menghormati tanpa sengketa.


Foto 2
Jalur gemilang lambang kemakmuran,
Sentiasa hidup dalam aman damai,
Dengan hidup saling bergandingan,
Memberi satu semangat tekad yg murni.

Jalur gemilang lambang kesetiaan,
Setia terhadap negara yang cemerlang,
Pertahankan maruah negara disempadan,
Daripada diceroboh oleh negara asing.


Foto 3


Jalur gemilang lambang kehebatan,
Hebat bertindak apabila diperlukan,
Dengan tema "Malaysia Boleh"diterapkan,
Untuk merangsang semangat perjuangan.

Jalur gemilang lambang kegemilangan,
Gemilang di pentas antarabangsa,
Dalam semua bidang yang dijalankan,
Supaya Malaysia gah dijulang dengan jaya.

Foto 4
        
        Semoga foto-foto yang dipaparkan ini memberi kesedaran pada semua rakyat Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55, "1 Malaysia Janji Di Tepati".


Sekian, terima kasih...

Wassalam...... 

Jumpa lagi di lain entri.....Bye!!!!

Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
1 Komentar untuk "Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan?"

Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.

Saya balas kunjungan anda nanti.

Sekian......

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top