10 entri terbaik Denaihati

 10 Entri Terbaik Denaihati daripada Kisah Kehidupannya:

 Assalamualaikum....
Salam 1 Malaysia.....
Salam Sejahtera....semua...........!!!

   
                                                                         Screen Shot 2012 07 21 at 12.30.32 PM Salam Aidilfitri 2012 Maaf Zahir Batin

            Di kesempatan ini saya dengan rasa bangganya menyenaraikan 10 entri terbaik Denaihati yang saya rasa dapat memberi satu penilaian yang tinggi buat Denaihati. Kisah kehidupan yang terjadi terhadap beliau, ahli keluarga serta rakan-rakan blogger yang lain. Lihat 10 senarai yang menjadi minat saya untuk dikupas secara ringkas untuk tatapan semua.

1 .Seks Suami Isteri Malam Pertama.
          Berkenaan dengan hukum haram hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri. Hubungan seks suami isteri hanya haram ketika isteri haid & nifas dan haram melalui dubur. Haram juga dilakukan ketika melaksanakan puasa Ramadhan dan perlaku mesti membayar kembali dengan berpuasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan kepada 60 orang miskin. Haram juga berjimak ketika sedang berihram haji dan umrah dan jika berlaku akan dikenakan dam.

2. Buat Baik Belum Tentu Manusia Balas Baik.
         Berkisarkan cerita tentang Manusia yang sering menolong orang lain, namun diri sendiri yang menderita hinggakan sanggup berkorban HATI kepada insan lain tetapi akhirnya HATI nya merana dengan berbagai ujian. Itu antara kisah hidup dlm entri ini.

3. Ayah dan Ibu jambatan ke Syurga tetapi ramai yang lupa.
            Berkenaan kehidupan manusia yang sibuk dengan dunianya sehingga lupa mengejar jambatan syurga. ALLAH SWT sudah ingatkan kepada hambanya ibubapa terutama yang tua adalah jambatan ke syurga untuk anak-anaknya. Banyak anak-anak sekarang lupa bahawa syurga itu "Di Bawah Tapak Kaki Ibu Dan Bapa".   

4. Teguran Ibu dijadikan musuh hingga ke akhir hayat.
           Kisah anak merajuk kepada ayah dan ibu masih menyentuh hati ini. Tidak boleh digambarkan dengan perasaan seorang ibu yang bersusah payah mengandungkan anak sembilan bulan sepuluh hari kemudian si anak merajuk membawa diri kerana ditegur oleh ibu. Walaupun si ibu telah meninggal dunia dan di hari pengkebumian arwah ibu juga masih tidak pulang sehinggalah ke saat ini.  Kisah yang menyentuh sanubari kita.
 
5. Pecah Masuk Rumah pengalaman mengerikan.
            Cerita ini berlaku pada waktu subuh 12/7/2012, mereka tidur nyenyak lalu diganggu. DH, isteri dan anak perempuan bongsunya sedang tidur di bilik dikejutkan oleh beberapa lelaki bertopeng. Seorang lelaki sedang bersedia mengikat tangan DH dengan dawai hijau manakala seorang lagi sedang bersedia mengikat tangan isteri DH dengan wayar iPhone. Seorang lelaki menghulurkan pisau daging sambil meminta semua diam dan katanya mereka hanya nak duit sahaja. Ini anata deretan kisah benar yang terjadi kepada keluarga Denaihati.

6. Marah Ayah dan Ibu setakat mana.         
              Niat untuk kembara rombongan ke Kemboja  terpaksa dibatalkan setelah mendapat berita keluarga dari Pekanbaru datang ziarah pada tarikh yang sama untuk berlibur di Kuala Lumpur serta mendapat perkhabaran bahawa “Pak Cik Mis meninggal kemalangan” iaitu bapa saudara beliau. Sebelum tu terkejut dapat berita Pak Cik suami isteri tak terpilih untuk mengerjakan haji tahun 2012, pagi itu pada 4/7/2012 sudah tiada dijemput Allah SWT. Selesai pengkebumian jenazah baru ternampak anak arwah Pak cik yang sudah tiga tahun tak kembali, berlumuran lumpur kerana mengali kubur dan menyelesaikan pengkebumian jenazah ayahnya
  
7. Pengsan Terkulai Tidak Bermaya.
                Kisah adik DH  pengsan terkulai tidak bermaya, beliau sempat memeluk kalau tidak pasti jatuh tersungkur ke lantai adiknya.. Memang panik sebab pertama kali melalui pengalaman seperti ini, adiknya terus tak sedarkan diri walaupun dipanggil nama beberapa kali lansung tak respond. Alhamdulillah selepas beberapa hari adiknya dibenarkan keluar hospital. Kisah satu lagi tentang isteri beliau sedang sibuk mengajar anaknya yang akan menghadapi peperiksaan pertengahan semester tiba-tiba dia kata pening dan terus pengsan terkulai tidak bermaya tertiarap di pangku anaknya.


8. Apa yang kita ingin dalam hidup ini.        
                Persoalan daripada DH "Pernahkah kita berfikir sesaat untuk diri sendiri" : "Apa yang kita ingin dalam hidup ini?" Ini adalah sebahagian jawapan dari pada Rakan Facebook Denaihati.
  • Belkiss Latif Azari satu persoalan yg selalu bermain di mindaku.
  • Itha Dhe Bahagia
  • Syazani Said Jd hamba Allah yg sentiasa beribadat kepadaNya dan mengejar cinta dan syurga Allah
  • Hakming Ming tiap manusia xsma ke ign ya.awk pla ape yg di inginkan?
9. Nak tengok Gambar Denaihati joom.
         Persolan tentang Denaihati yang menjadi teka-teka semua pelawat blog DH. Ada yang tanya bagaimana dapat nama DENAIHATI. Nama DENAIHATI ilham setelah difikirkan beberapa minggu. DENAIHATI boleh diertikan sebagai perjalanan pemikiran hati kecil dalam menempuh kehidupan yang semakin mencabar. Akhirnya segala persoalan terlerai bila mana DH masuk dalam youtube tentang penerangan "Ultabook Toshiba Z830. Gambar ini dirakam ketika menerangan Ultrabook Toshiba Z830.

10. Poligami Pengalaman Peribadi.
           Poligami terlalu rapat dengan diri Denaihati. Beliau belum lagi berpoligami tetapi dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan yang berpoligami serta teman yang menjadi isteri kedua. Banyak peritistiwa sedih dan lucu yang berlaku di depan mata melihat kehidupan berpoligami antaranya: 

1. Seorang teman Chef mempunyai tiga orang isteri yang tinggal serumah. Ketiga-tiga isteri bertungkus lumus berkerjasama mencari rezeki kerana rakan aku ini tidak pernah memberi belanja rumah. Kawan aku ini sibuk melayan awek baru yang bakal menjadi isteri ke empat.

2. Seorang sahabat Ulama yang memang terkenal berkahwin kali ketiga setelah isteri kedua meninggal kerana kanser. Isteri ketiga berusia 21 tahun berhijrah dari agama kristian ke agama Islam, tinggal berjiran dengan isteri pertama. Hidup aman damai kerana Islam dijadikan sebagai panduan dalam membina keluarga yang bahagia.
            
          Semoga dengan senarai yang dipaparkan di entri ini, sedikit-sebanyak dapat menyakinkan Denaihati bertapa sedih, pilu, suka, duka, susah, senang dan kepayahan hidup untuk meneruskan perjalanan hidup dengan penuh ranjau dan duri sentiasa hadir dalam diri setiap insan yang bernama manusia.

“Bonus Raya Aidilfitri 2012 untuk semua Rakan Blogger yang tidak jemu-jemu bersama blog Denaihati. Berminat joom serbu Denaihati.com”.


Sekian, terima kasih.
Wassalam............Bye...bye.... !!!.


Kongsikan Artikel Ini :
+
Sebelumnya
« Post Sebelumnya
Seterusnya
Post Seterusnya »
 
Copyright © 2015 sensasi2020 - All Rights Reserved
|Template ByKunci Dunia | Design By sensasi2020
Back To Top