Kad Merah Terhadap Nik Shahrul Azim Menjadi Tanda Tanya. Kad merah yang diterima Nik Shahrul Azim terhadapnya oleh pengadil perlawanan antara Kelantan lawan Johor Darul Takzim menjadi tanda tanya dikalangan peminat bola sepak.
![]() |
| Nik Shahrul Azim |
Nik Shahrul Azim Dilayang Kad Merah
Pelbagai spekulasi timbul, ia menjadi berita sensasi. Rupa-rupanya ia didakwa berpunca sikap pemain itu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan, Mohd Zohril Tajuddin.
Pengadil perlawanan itu telah menghantar laporan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendakwa bahawa Nik Shahrul Azim telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu, pihaknya masih menunggu laporan penuh mengenai berita sensasi ini, menjadi kontroversi di laman sosial kerana ia berlaku pada aksi terakhir kumpulan C peringkat saringan Piala Malaysia 2014.
![]() |
| Insiden George Boateng Masuk Padang |
Pengendali The Red Warrior's, George Boateng naik berang dengan pengadil perlawanan, hinggakan beliau melulu masuk ke padang selepas perlawanan berakhir. Beliau mempersoal tindakan pengadil perlawanan, walhal Nik Shahrul Azim hanya melakukan tackle bersih terhadap Mohd Daudsu Jamaluddin dan tidak sepatutnya dilayangkan kad merah.
Buat masa ini, FAM terlebih dahulu akan meneliti laporan penuh laporan-laporan yang akan diterima dan mendapat butiran penuh insiden yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan.
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengemukakan laporan penuh kepada FAM berhubung insiden tersebut bersama bukti-bukti, klik video dan laporan pegawai yang bertugas melibatkan situasi Nik Shahrul Azim ketika kejadian itu berlaku. KAFA mahu hukuman ke atas Nik Shahrul Azim ditimbang semula agar tonggak pertahanan Kelantan itu boleh beraksi di suku akhir nanti.


0 Komentar untuk "Kad Merah Terhadap Nik Shahrul Azim Menjadi Tanda Tanya"
Jom blogwalking dan komen anda di sini. Kerjasama anda saya ucapkan jutaan terima kasih.
Saya balas kunjungan anda nanti.
Sekian......